BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 3, 2011

masih mencari cerita baru~!!!!! adessssss

Thursday, April 28, 2011

Toilet

> rata2 mana kita pi la nie.. kalau nak masuk tandas sure kena bayo kan..
> haaaa..
> utk itu adalah insan2 yang konon2 nak menipu.. but akhirnyer tertipu
> kekekeke..
> kita cuba baca selingkar kasih..eh..selingkar kesahhhhh.ini... :D..
>
> Seorang pemuda mencari2 tandas .. kes tak tahan la nie.. bila terjumpa..
> terpandang akan dia signboard disitu..
> "Buang Air Kecil 30 sen.. Buang Air Besar 20 sen.."
>
> "Wah mahal juga kencing di sini. Ah, tipu aje cakap buang air besar.
> Penjaganya
> bukan tahu pun" kata pemuda
> dalam hati..
>
> Setelah selesai, pemuda keluar dan menghampiri penjaga toilet. "Akak..
saya
> buang air besar" kata pemuda sambil menghulurkan wang 20 sen.
>
> "Ehh.. tak cukup nie" kata penjaga toilet.
>
> "Kenapa pulak? Di situ kan tertulis kalau buang air besar bayarnya cuma 20
> sen"
>
> "Macam ni encik.. kalau encik buang air besar pasti diiringi dengan buang
> air
> kecil..
> tapi kalau buang air kecil tidak mungkin diiringi dengan buang air besar!"
>
> "Jadi?" tanya pemuda
>
> "Bayarannya 50 sen!" kata penjaga toilet yakin..

Peristiwa Di Bilik Bersalin

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin.

Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin.

Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.

Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.

Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.

Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot....

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.

Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah?

Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.

Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?

Jururawat: Kenapa?

Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020....

Malu!

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan...

pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...

Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang...

dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang...

Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata..

Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

UNIKNYA CINTA!!!

Hari meniti hari, bulan silih berganti, tahun menjenguk diri. Antara tidak sedar, kini hampir 4 tahun aku mengenali Aiman. Inikah yang dinamakan CINTA? Dunia berputar tidak terasa.

Entah, di dalam tempoh ku mengenalinya telah banyak berlaku perkara yang tidak diduga. Jika difikirkan kembali memang tidak terjangka. Namun aku terima dengan redha. Masih lagi kuingat saat- saat mulanya perkenalan kami. Rasanya baru semalam…

"Ika ni ada orang bagi," ujar Azhar sewaktu did ala Kelas Matematik. Ketika itu semua pelajar sibuk mengemas buku masing- masing kerana sebentar lagi loceng akan berbunyi tanda tamatnya sesi persekolahan pada hari itu. Sempatku bertanya kepada Azhar,

“ Siapa?” tanyaku.
“ Aiman," balasnya.

Aku hairan lantas ku buka secebis kertas graf yang telah dikoyak kecil. Ia tertulis :

Ika,
Boleh tak kalau saya nak jumpa awak lepas balik ni kat Vista Piont
Aiman

Selepas ku baca surat tersebut, hatiku berdebar- debar. Lantasku beritahu kepada sahabat karibku, Siti yang duduk di sebelahku.

"Siti, Aiman nak jumpa aku. Kau rasa nape ye? Aku takutlah. Aku ada buat salah
ke?" soalku bertalu- talu kepada Siti.

“Ala, kau ni janganlah takut. Tak de apa- apalah. Janganlah risau. Kejap lagi
pergilah jumpa. Tengoklah dia kata apa nanti," balas Siti seakan memujuk untuk
mententeramkan hatiku.

Beberapa minit kemudian, loceng pun berbunyi. Aku dan Siti lantas menuju ke Vista Point.

“ Ika, kau nak ke mana?” soal Siti.

“ La, kau ni ke Vista Pointlah. Ke mana lagi?” balasku.

“ Ni bukan nak ke Vista Point ni, ni nak ke Sanggar Muhibbah!” ujar Siti sambi ketawa kecil.

“ Ye tak ye jugak!” balasku malu.

“ Alamak Siti, tengoklah tu, aku terketar- ketar sampai tersilap tempat pulak! Aku
takutlah!” kataku kepada Siti.

“ Ala cool lah, kau ni, takde apa- apalah !" balas Siti.

Setibanya aku di Vista Point, Aiman telah menunggu.

“ Maaf saya lambat, kenapa nak jumpa saya?”tanyaku bila setibanya di situ.

Tetapi belum pun sempat Aiman menjawab, Lim rakan sekelasku berjalan menuju ke arah kami.

“ Hai korang buat apa?” tanyanya sambil membelek akhbar The Star milik Aiman.

Melihatkan situasi itu, aku dapat mengagak Aiman ada sesuatu untuk beritahu kepadaku. Memandangkan Lim ada di sini, Aiman tidak jadi suarakannya kepadaku. Lantas dia membuka begnya untuk mengambil pen lalu mencoretkan sesuatu.

012-6912387

“ Telefon saya. Ada benda nak cakap sikit,” ujarnya.
“Ok”, jawabku perlahan.

Sebenarnya aku tidak berapa mengenali Aiman. Dia merupakan budak baru di sekolahku. Tidak sampai sebulan dia di sini. Entah mengapa, pada hari pertama dia mula masuk ke kelas tempoh hari, dia mula mencuri perhatianku. Biasalah budak baru!

Setibanya aku di rumah, aku terus mencapai telefon lalu mendail nombor yang tercatat pada kertas tersebut.

“ Assalamualaikum”, mulaku.
“ Waalaikumusallam ”, jawabnya.
“ Em… ni Ika," beritahuku.
“ Ya, saya tahu. Sebenarnya saya ada benda sikit nak beritahu pada awak”, jelas Aiman.
“ Apa dia?” tanyaku
“ Sebenarnya saya suka pada awak. Tak kisahlah kalau awak tak suka pada saya. Janji saya dapat bagitau pada awak yang saya sukakan awak,” ujarnya panjang.

Merah padam mukaku menahan malu.

“ Apa yang tak kena dengan mamat ni”, ujarku di dalam hati.

Aku tak tahu nak membalas apa.

“ Em…,” tergagap- gagap aku dibuatnya
“ Awak tak pergi kelas tambahan ke?” Tanya Aiman.
“ Em, kejap lagi. Saya balik rumah sekejap. Lepas ni saya pergi balik,” balasku.
“ Oh! ye ke..Takpelah. Ni nombor telefon rumah awakkan? Nanti malam saya
telefon,” ujar Aiman.
“ OK,” jawabku
“ Bye,” katanya
“ Bye,” balasku.



***************************************



Semua itu hanya kenangan. Kenangan yang tidak dapat kulupakan sampai bila-bila. Kenangan ku di bangku sekolah. Mana boleh ku lupa kerana dia adalah cinta pertamaku!

Semenjak dari itu aku dapat rasakan perubahan di dalam hidupku. Perasaan disayangi dan menyayangi terlalu indah. Cinta itu penawar segala duka, kasih segala derita. Rasa cinta memang ajaib. Sungguh ajaib!

Namun, hari tak selalunya indah. Langit tak selalunya cerah. Pantai juga ada pasang surutnya. Begitu juga dengan kehidupan. Hidup ini bagaikan roda. Ia sentiasa berputar. Sekejap kita di atas dan sekejap di bawah. Nasib tidak mengira siapa. Juga tidak mengira usia. Itulah dikatakan Qada' dan Qadar. Tentuan Illahi.

Entah mengapa aku dapat rasakan Aiman telah berubah seakan mahu menjauhi daripada aku. Aku tahu jarak telah memisahkan kami. Kini aku telah dapat melanjutkan pengajianku di IPTA begitu juga dengan Aiman tetapi aku di Selatan dan Aiman pula jauh di Utara.

Aiman yang dulunya begitu mangambil berat tapi kini jarang sekali dia menghubungiku. Alasannya sibuk! Aku faham tugas sebagai pelajar memang sentiasa sibuk tetapi dia seolah-olah tidak langsung mempunyai masa untuk hubungi aku.

Sehinggalah pada suatu hari semasa kami berdua berjumpa buat seketika lamanya tidak bersua. Aku hairan bila melihat Aiman menekan- nekan butang pada telefon bimbitnya. Seolah-olah sedang membalas sms. Katanya dia tidak ada kredit tetapi entahlah aku tidak pasti.

Tuhan Maha Besar. Akhirnya aku dapat tahu Aiman kini mempunyai seorang kekasih lain. Apabila aku mendengar berita itu, aku sungguh terkejut. Aku tidak tahu apa salahku sehinggakan dia mencari cinta lain. Adakah cintaku tidak cukup buatnya? Adakah cintaku hanya mainan?

Lumrah bagi setiap pasangan yang bergaduh. Itu adalah kebiasaan di alam percintaan. Kerap juga kami bergaduh tetapi selepas itu kami akan berbaik semula.

Tidak dapat ku bilang berapa kali ku kutip cincin tanda cinta kami yang dipakai oleh Aiman kerana dibuang olehnya. Masih ku ingat lagi kali pertama dia membuka cincin tersebut dari jarinya ketika di perhentian bas, kemudian di Langkawi sewaktu kami pergi bercuti bersama, dan banyak lagi tempat. Namun demi menjaga cinta kami, ku kutip semula cincin yang dibuang itu.

Mungkin dia mencari cinta lain kerana kami kerap bergaduh. Akhirnya perhubungan yang selama ini ku pertahankan, hancur di tengah jalan. Namun di dalam hatiku sentiasa berdoa agar cintaku kembali kerana hanya dia yang aku cintai!



***************************************



“ Maafkan saya. Saya tak sengaja,” kataku kepada seorang pemuda yang secara tidak sengaja ku terlanggar. Habis barang-barang yang dipegang olehku berterabur di atas lantai.

“ Tak apa,” balasnya.

Aku seakan-akan tersentak apabila mendengar suara yang amat ku kenali. Yang sudah sekian lama tidak ku dengar. Suara yang amat aku rindui !!! Aiman !!!

Aku cepat-cepat mengutip semula barang-barangku di atas lantai dan cuba memandang ke arah wajah pemuda tadi yang turut membantuku mengutip semula barang-barangku. Memang tepat tekaanku. Pemuda dihadapanku juga terkejut apabila melihat wajahku.



***************************************



Desiran angin yang dingin kini terasa menyelubungi tubuhku. Deruan ombak yang menghempas pantai begitu damai. Sungguh tenang.

“ Ayang, datanglah sini,” panggil suatu suara mengejutkan aku dari lamunan.

“ Kejaplah sayang,” balasku.

Lantasku bangun segera sambil memegang kasutku. Laluku pegang erat tangan yang sedang menghulur ke arahku.

“ Ayang nak tahu kenapa orang suka datang ke pantai?” tanyanya.
“ Tak tahu,” jawabku pantas.
“ Sebab pantai itu unik !”
“ Kalau ia ada dimana-mana tentu ia tak jadi unik lagi”
“ Pantai lain dari yang lain, tenang, nyaman”, jawabnya panjang.

Kemudian langkahnya terhenti dan dia memandang tepat wajahku sambil berkata,
“ Begitu juga dengan cinta. Cinta itu unik. Kalau cinta ada dua ia tidak jadi unik lagi. Sebab itu cinta perlu ada satu!,” sambungnya lagi.

Aku hanya terdiam sambil berfikir sejenak. Adakah ini dinamakan CINTA? Aku hanya tersenyum. Dia juga membalas senyumanku. Kami berjalan lagi mengusur persisiran pantai yang memutih. Lantasku genggam tangannya dengan lebih erat lagi. Ya, cinta memang UNIK ! Ia lebih UNIK lagi kerana kaulah cinta pertama dan terakhirku ! Aiman !!!

Tanda-tanda jatuh cinta Tanda-tanda awal...

U ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu u asyik
ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah
makan ke belum..dia ingat kat u ke tak.

U jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia,

U jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia
u automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

Uiii.. u cemburu bila dia bercerita tentang
kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia
jumpa..Kekadang u rasa u kecik hati dengan dia pasal
asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari u.

U dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila
dapat jumpa dia u rasa macam dunia ni u yang punya.
Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata u tapi u
pun hairan kenapa u mesti ada perasaan macam tu
terhadap dia..

Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja
pemberian darinya u simpan sampai penuh almari rumah
u..Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian
darinya pasti mampus lipas tu u gigit
balik...uiii..ganehnyer..
Kadang kala u sengaja buat perangai nak bagi dia jeles
kat u tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya u
sendiri yang makan hati..tapi u tak sedar kenapa u
buat macam tu..kenapa u nak bagi dia jeles kat u?

U percaya padanya. U sedia berkongsi apa saja cerita
dengannya. U juga suka mendengar celotehnya walaupun
kadang-kala ceritanya membosankan u tapi u tetap sudi
melayan karenahnya.

Bila family U sebut pasal jodoh, U cakap belum ada
calon tapi dalam kepala otak U dok terbayang-bayang U
bersanding dengan dia..cis!!


Hmm...itu adalah secebis perasaan U kat dia namun
apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan
biasa..kenapa u treat dia baguih semacam jer? Alah
mengaku sajalah yang u ni dah jatuh hati padanya..

U tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian
daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA.
Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri u
sendiri. U tau kenapa? Sebab u punya ego tu tinggi
sangat...apa susah sangat ker u nak declare yang u ni
betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry
kalau u ni perempuan memang la susah sikit takut
perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada
cara tersendiri..

2007 telah menjelma dan kalau rasa tak sabar nak pegang
tangan tok kadi...So kepada U-U kat luar sana, kalau ada
perasaan seperti yang I senaraikan kat atas tu pada orang
tertentu..selidiklah betul-betul then jangan tunggu
lama-lama...pepatah I sendiri mengatakan " kecewa
CINTA ditolak adalah lebih baik daripada kecewa terlepas CINTA".


Cinta

Dan kunyayikan kau lagu cinta
Seindahnya sinar mentari
Seanggunnya sinar rembulan
Dan kunyayikan kau lagu rindu
Kerna sesungguhnya hati ini masih lagi
Lemas dalam kerinduan
Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini
Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini penawar rindu
Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan
Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan
Ini bukan yang pertama kalinya
Cinta kupergi (jauh)

SONATA MUSIM SALJU

Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua

Chorus:

Bagaikan siang tanpa mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restui Ilahi

Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama

Ada Apa Dengan Cinta

Satu masa telah terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
Sulit untuk aku ungkap semua

Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Bila sengsara hati kan merana

Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga di kalbuku
Jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah

Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk

30 Petunjuk Menunjukkan Cinta Sudah Bersemi

1.Cara si dia memakai pewangi badan kegemaran.


2.Cara si dia membelai kamu terutamanya semasa kamu sedang merajuk dengan si dia.


3.Cara si dia merenung kamu dengan pandangan mata yang bersinar dan mempesonakan.


4.Cara si dia melayan kamu dengan penuh romantis.


5.Ketika si dia menyuakan makanan kepada kamu


6.Bila si dia sukar untuk memberikan pandangan terhadap masalah yang sedang kamu alami.


7.Apabila si dia memperkenalkan kamu sebagai kekasih pada kawan-kawannya.


8.Bagaimana cara si dia membuat persediaan sebelum bertemu dengan kamu.


9.Si dia tahu cara membuatkan kamu tersipu malu.


10.Si dia tahu bagaimana untuk membuatkan kamu lega walaupun perkataan yang diucapkan seringkali mengelirukan.


11.Ketika kamu sejuk, si dia akan mendakap kamu dan memberikan baju sejuk pada kamu.


12.Cara si dia memandang kamu ketika kamu sedang marah.


13.Senyuman yang dilemparkan ketika kamu sedang berdua-duaan dengannya.


14.Ketika si dia memberikan sokongan dan semangat kepada kamu dalam aktiviti yang kamu sertai.


15.Bila si dia bertanya dengan nada lembut apabila kamu tidak menjawab panggilannya.


16.Cara si dia meredakan kemarahan kamu.


17.Ketika si dia memohon maaf di atas kesilapan yang di lakukan terhadap kamu.


18.Cara si dia mengucapkan ' Aku Cinta Padamu'.


19.Ketika si dia menghargai diri kamu di hadapan teman-temannya.


20.Cara si dia menggenggam jejari kamu.


21.Bila si dia mengatakan yang kamulah gadis impiannya selama ini.


22.Bila si dia memujuk kamu ketika kamu menangis.


23.Ketika si dia memaafkan kamu.


24.Apabila si dia mengalirkan airmata 'kelakian' apabila dia takut akan berpisah.


25.Apabila si dia memuji kamu pandai mengambil hatinya.


26.Ketika si dia mengucapkan yang dia merindui kamu.


27.Apabila si dia mengingati setiap tarikh 'keramat' kamu berdua.


28.Apabila si dia menghadiahkan sejambak bunga ataupun sebuah teddy bear ketika ingin memohon maaf pada kamu.


29.ketika si dia menulis madah dan kata pujangga pada kamu mengatakan isi hatinya pada kamu.


30.Di saat si dia dia menyanyikan lagu yang istimewa untuk kamu.


KADANGKALA CINTA ITU BUTA SEHINGGAKAN KITA MUDAH JATUH CINTA DAN TAK MUDAH MELUPAKAN..


WALAUPUN CINTA ITU PALSU BELAKA...


CINTA ABADI HANYA PADA ALLAH YANG ESA..


JGN DIBIAR DIRI HANYUT PADA CINTA DUSTA..


BIARKAN CINTA BERPUTIK PABILA MASA YANG PALING PASTI UTKNYA..


PERKAHWINAN CINTA YANG TIDAK AKAN MEMBIARKAN KITA RUGI APE2...


TERSERAHLAH... "